Tuesday, December 2, 2008

KALAU KITA ADA JODOH????

TITIPAN KHAS BUAT MU.....



"Im, Aisyah(bukan nama sebenar) nak bagitau Im sesuatu. Moga-moga Im tak terkejut ye."

"InsyaAllah Im ready je dengan apa yang bakal berlaku."

------------------------------

Hampir setahun kami berkawan dan bercinta, namun khidmat pesanan ringkas(SMS) malam itu sudahku duga. Ketika sibuk dengan aktiviti Eco-Trip yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Biologi KYUEM sempena cuti semesta, jiwa-ku sedikit gulana. Walupun sentiasa kelihatan ceria mengetuai kumpulan 5, namun jauh di sudut hati dan fikiran, tidak tenteram dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Alhamdulillah walaupun aku banyak berubah setelah intim dengan Aisyah, namun kami berdua acapkali mencari, samada boleh atau tidak kami ber'couple' ketika itu. Aku amat menjaga hubungan kami, namun jiwa remaja, kerap sahaja tewas dengan godaan syaitan durjana. Zina Hati bukan mata. Rindu perkara biasa. Maklumlah kami tidak pernah bertemu semenjak pertama kali bersua ketika masing-masing mewakili negeri dalam satu pertandingan kuiz peringkat kebangsaan di ibu kota.

Namun, semenjak Aisyah memasuki matrikulasi, Aisyah semakin kerap mempersoalkan hubungan cinta kami. Hal ini bermula semenjak minggu orientasi apabila Aisyah mendengar sebuah tazkirah daripada seorang senior.

"Couple tidak boleh. HARAM!"

Kerana 'macho', aku menggalakkan Aisyah supaya bertanya kepada ustaz atau ustazah kerana aku yakin jawapan yang akan diberikan oleh mereka adalah couple itu boleh!

Pernah sekali aku mengirimkan sms;

"Kita ada pisau. Pisau tu boleh membunuh orang dan boleh juga digunakan untuk memotong buah. Buah tersebut boleh dimakan oleh orang lain. Kita yang pilih. So, sama la macam hubungan kita. Kita lah yang menentukan hala tujunya."

Tidak lama selepas itu, setelah bertemu seorang ustaz di matrikulasi tersebut, Aisyah semakin yakin bahawa couple itu adalah haram selagi belum bernikah. Segala pendapat yang diperoleh daripada ustaz itu dikongsi bersamaku. Kadangkala aku gelisah, takut-takut jika Aisyah membuat sesuatu yang di luar kemahuan-ku.

------------------------------

"Im, kita putus ye. Aisyah takut DOSA."

Aku terkesima. Baru sahaja beberapa minit menunaikan solat jama' maghrib dan isya' secara berjemaah bersama sahabat-sahabat di 'surau buatan' tempat kami berECO Trip, aku menerima sms itu. Lama aku berfikir sebelum mereply. Bingung aku dibuatnya.

"InsyaAllah Im terima."

"Kalau ada jodoh kita nanti,insyaAllah Allah akan satukan kita kembali suatu hari nanti," balas Aisyah.

"InsyaAllah."

Terus aku sms sahabat baik yang mudah memahami keadaanku, Ruzaini. Puas aku menceritakan perkembangan terbaru yang berlaku. Sedikit kelegaan di hati mendapat nasihat darinya.


sabar menanti kehadiranmu ke UK

Namun, seumpama demam,aku langsung malas untuk ke aktiviti Eco Trip pada malam itu walaupun aktiviti tersebut merupakan aktiviti paling dinanti-natikan peserta; menunggu dan melihat penyu bertelur!

Sendirian aku di motel, memikirkan nasib yang menimpa.

"Adakah aku tidak takut dosa??" bisik hatiku yang pilu

No comments: